Penggunaan industri Kriogenik

Injap kriogenik
    Maklumat selanjutnya: [[Garis masa teknologi suhu rendah]]

Gas-gas dicecairkan, seperti nitrogen cecair dan helium cecair, biasanya digunakan dalam pelbagai penggunaan kriogenik. Nitrogen cecair adalah unsur yang paling biasa digunakan dalam kriogenik dan boleh dibeli secara sah di seluruh dunia. Helium cecair juga biasa digunakan dan membolehkan suhu-suhu yang paling rendah boleh dicapai dihasilkan.

Cecair-cecair ini disimpan sama ada di dalam bekas-bekas istimewa yang dikenali sebagai kelalang Dewar yang biasanya enam kaki (1.8 m) tinggi dan tiga kaki (91.5 cm) diameter, atau di dalam tangki-tangki besar jika melibatkan operasi-operasi komersial yang lebih besar. Kelalang Dewar dinamakan sempena nama penciptanya, James Dewar, orang pertama yang mencecairkan hidrogen. Muzium-muzium biasanya mempamerkan kelalang-kelalang vakum yang lebih kecil yang diletakkan di dalam kulit pelindung.

Pam pemindahan kriogenik adalah pam-pam yang digunakan di atas tembok-tembok sambut LNG untuk memindahkan gas asli cecair daripada pengangkutnya ke tangki-tangki simpanannya, dan begitu juga dengan injap kriogenik.